Saturday 21 April 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA

 
Kerajaan Malaysia telah memberi baucer beli buku bernilai RM200. Pelajar IPTA dan IPG layak menerima baucer berkenaan. Termasuklah guru-guru yang menyambung pengajian di universiti atau IPG. Ini bertujuan memberi galakan secara langsung oleh kerajaan bagi menyemarakkan lagi budaya membaca .

Wednesday 18 April 2012

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN ...

Diucapkan setinggi-tinggi  terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog ini . Harap dapat turunkan beberapa komen untuk kita semua berbual bicara mengenai ilmu kemahiran membaca.

Tuesday 6 March 2012

MASIH TIDAK MAHIR MEMBACA

Murid yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca dibimbing dengan berbagai kaedah melalui program pemulihan khas dan LINUS. Mereka dibantu dengan berpandukan modul terkini dan alat bantu yang menarik. Tambahan pula sekarang, kemudahan ICT memang tidak dapat disangkal lagi.

Monday 5 March 2012

Dulu..SK SETAPAK KUALA LUMPUR:1992

Guru BM....tahun ketiga mengajar

BAHAN BACAAN KANAK-KANAK

Oleh kerana menyemai minat membaca daripada zaman kanak-kanak, atau pun 'melentur buluh biarlah dari rebung'-ibu bapa mesti peka dengan kehendak anak-anak. Belikan atau sentiasa bekalkan mereka(anak-anak) dengan bahan bacaan yang berbagai. Buku dan majalah yang sesuai dengan kanak-kanak begitu banyak membanjiri kedai-kedai buku. Tidak begitu ramai ibu bapa mahu membelikan anak-anak bahan bacaan tambahan sebenarnya. Jika anak-anak selalu disogokkan dengan bahan-bahan bacaan di rumah, nescaya anak-anak cenderung ke arah itu. Yang terjadi sekarang ( sejak dulu lagi) bahan bacaan kurang terdapat di rumah. Jadi, apa yang mereka hendak baca jika kita menyuruh, "pergi baca buku !"

AKTIVITI MEMBACA

Aktiviti membaca sebenarnya mesti dirangsang . Terutama di kalangan anak-anak pra atau sekolah rendah. Peranan ibu bapa sangat  penting dalam perkara ini. Anak-anak akan meniru gaya dan cara ibu bapa. Jadi, jika kalangan ibu bapa sangat cenderung dengan aktiviti membaca sudah pasti anak-anak akan timbul minat akhirnya.