Saringan literasi tiga kali setahun di sekolah
KANAK-kanak akan melalui tiga saringan
setahun, bertujuan mengenal pasti sama ada meeka perlu mengikuti program
Literasi da Numerasi (LINUS) jika mempunyai ketidakupayaan dalam
pembelajaran.
Saringan akan dibuat pada Mac, Jun dan September.
Mengikut
dokumen Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju – Ringkasan
Eksekutif, tujuan program itu adalah untuk memastikan menjelang tahun
2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (Bahasa Malaysia) dan
kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah.
Bagi
tujuan itu, modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk dengan
konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan
akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari.
Latihan hampir 17,000 guru untuk mengajar modul baru LINUS juga telah berlangsung sejak November tahu lepas dan awal tahun ini.
Sehubungan
itu, pemantauan dan penyelesaian intensif ke atas kira-kira 100 peratus
sekolah yang tercorot oleh para pegawai dan pendidikan di peringkat
negeri dan daerah akan dibuat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi
memantapkan lagi program, fasilitator pakar yang dilantik di peringkat
daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru
literasi dan numerasi sekolah.
LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program
ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca,
menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan
untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan
untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang
mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk
12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
No comments:
Post a Comment