SANTAI

Kartun, antara bahan bacaan untuk rehatkan minda atau santai. Kanak-kanak sudah tentu gembira dan tertarik dengan lukisan kartun sama ada dalam bentuk media cetak atau elektronik. Kartun pesat membangun di negara maju seperti Amerika Syarikat dan England. Tidak kurang juga di blok Eropah. Jika di Asia, negara Jepun menjadi contoh yang menampakkan kemajuan seni lukis kartun seiring dengan teknologi yang mereka ada. Kartun sebagai bahan yang diusahakan secara industri yang mampu mengautkan keuntungan besar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni seperti animator, pengarah seni, penulis skrip/papan cerita dan banyak lagi.

Dalam P&P, kartun ada peranan yang tersendiri. Ia mampu menghidupkan suasana pembelajaran. Lukisan kartun menarik perhatian murid. Ia mudah difahami. Bahan kartun boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.

 Sila klik pelukis kartun Malaysia untuk mengenali kartunis yang mewarnai bidang lukisan kartun di tanahair kita selama ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

No comments:

Post a Comment