MARI MEMBACA
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Membaca , satu kemahiran yang mesti dikuasai dengan baik oleh setiap orang. Membaca perkara paling asas atau langkah pertama sebelum kita melangkah untuk melakukan perkara-perkara yang seterusnya. Lebih-lebih lagi 'menuntut ilmu' atau belajar.
Saturday, 21 April 2012
BAUCER BUKU 1MALAYSIA
Kerajaan Malaysia telah memberi baucer beli buku bernilai RM200. Pelajar IPTA dan IPG layak menerima baucer berkenaan. Termasuklah guru-guru yang menyambung pengajian di universiti atau IPG. Ini bertujuan memberi galakan secara langsung oleh kerajaan bagi menyemarakkan lagi budaya membaca .
Wednesday, 18 April 2012
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN ...
Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog ini . Harap dapat turunkan beberapa komen untuk kita semua berbual bicara mengenai ilmu kemahiran membaca.
Tuesday, 27 March 2012
Tuesday, 6 March 2012
MASIH TIDAK MAHIR MEMBACA
Murid yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca dibimbing dengan berbagai kaedah melalui program pemulihan khas dan LINUS. Mereka dibantu dengan berpandukan modul terkini dan alat bantu yang menarik. Tambahan pula sekarang, kemudahan ICT memang tidak dapat disangkal lagi.
Monday, 5 March 2012
BAHAN BACAAN KANAK-KANAK
Oleh kerana menyemai minat membaca daripada zaman kanak-kanak, atau pun 'melentur buluh biarlah dari rebung'-ibu bapa mesti peka dengan kehendak anak-anak. Belikan atau sentiasa bekalkan mereka(anak-anak) dengan bahan bacaan yang berbagai. Buku dan majalah yang sesuai dengan kanak-kanak begitu banyak membanjiri kedai-kedai buku. Tidak begitu ramai ibu bapa mahu membelikan anak-anak bahan bacaan tambahan sebenarnya. Jika anak-anak selalu disogokkan dengan bahan-bahan bacaan di rumah, nescaya anak-anak cenderung ke arah itu. Yang terjadi sekarang ( sejak dulu lagi) bahan bacaan kurang terdapat di rumah. Jadi, apa yang mereka hendak baca jika kita menyuruh, "pergi baca buku !"
AKTIVITI MEMBACA
Aktiviti membaca sebenarnya mesti dirangsang . Terutama di kalangan anak-anak pra atau sekolah rendah. Peranan ibu bapa sangat penting dalam perkara ini. Anak-anak akan meniru gaya dan cara ibu bapa. Jadi, jika kalangan ibu bapa sangat cenderung dengan aktiviti membaca sudah pasti anak-anak akan timbul minat akhirnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)