Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Membaca , satu kemahiran yang mesti dikuasai dengan baik oleh setiap orang. Membaca perkara paling asas atau langkah pertama sebelum kita melangkah untuk melakukan perkara-perkara yang seterusnya. Lebih-lebih lagi 'menuntut ilmu' atau belajar.
Monday, 5 March 2012
BAHAN BACAAN KANAK-KANAK
Oleh kerana menyemai minat membaca daripada zaman kanak-kanak, atau pun 'melentur buluh biarlah dari rebung'-ibu bapa mesti peka dengan kehendak anak-anak. Belikan atau sentiasa bekalkan mereka(anak-anak) dengan bahan bacaan yang berbagai. Buku dan majalah yang sesuai dengan kanak-kanak begitu banyak membanjiri kedai-kedai buku. Tidak begitu ramai ibu bapa mahu membelikan anak-anak bahan bacaan tambahan sebenarnya. Jika anak-anak selalu disogokkan dengan bahan-bahan bacaan di rumah, nescaya anak-anak cenderung ke arah itu. Yang terjadi sekarang ( sejak dulu lagi) bahan bacaan kurang terdapat di rumah. Jadi, apa yang mereka hendak baca jika kita menyuruh, "pergi baca buku !"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, memang benar sekali apa yang cikgu perkatakan, semangat membaca haruslah di pupuk semasa di rumah lagi, wujudkan mini perpustakaan dengan bahan-bahan yang boleh di baca. jadi jemputlah pula ke blog saya,http://www.pendidikanbahasamelayu.blogspot.com sambil memberi komen dan jadi follower
ReplyDeleteok wak ...memang begitulah yang ada ...perlukan anjakan paradigma dalam membina budaya membaca
ReplyDelete